Wednesday, 24 May 2017

Selamat Datang Ke Aravilla Homestay

Aravilla homestay kampung Taun Gusi 2 km10 jln Kudat 89158 Kota Belud.

Daerah Kota Belud terletak di bahagian pantai barat Sabah. Perjalanan dari Kota Belud ke Kota Kinabalu sejauh 90 kilometer iaitu dengan mengambil masa selama satu jam. Suatu masa dahulu Kota Belud hanya sebuah perkampungan kecil. Kota Belud menpunyai penduduk sebanyak 93,100 orang yang dianggarkan pada tahun 2012. Sebahagian daripada penduduk Kota Belud ialah dari Kaum Samah (Bajau), Dusun (Tindal), Tionghoa (Cina), Irranun dan Ubian. Daerah ini turut mendapat gelaran sebagai “Daerah Koboi Timur” kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.

Kota Belud telah menjadi salah satu tempat pelancongan yang terkenal di sabah, terdapat banyak homestay-homestay yang telah ditubuhkan di daerah Kota Belud ini. Keindahan dan ketenangan pemandangan sawah padi dan gunung kinabalu akan menggamit pemandangan pengunjung yang tiba buat kali pertama.Terdapat banayk tempat-tempat yang menarik dan eko pelancongan yang terdapat disini.

Aravilla Homestay akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik melalui pakej yang akan membuatkan anda tidak lupa sepanjang hayat .." terdapat banyak aktiviti yang boleh anda pilih melalui pakej-pakej yang ditawarkan atau pun anda boleh memilih mana-mana aktiviti yang anda suka. suasana kampung yang nyaman indah dengan pemandangan semulajadi.

kepada yang ingin merasai cara hidup suku kaum bajau Kota Belud boleh lah berkunjung ke sini.


















" BERTITIK "



                                         
"TAMU KOTA BELUD "